JEJAK TAPAK DARI SUMATERA BARAT

Ada beberapa daerah yang unik dan istimewa di Malaysia, khusus nya di Negeri Sembilan dan Pahang, kerana majoriti warga penduduknya berasal dan berketurunan dari Sumatera Barat, khusus nya Rao (Rawa) dan Pagar Ruyung, yang memiliki budaya dan sejarah besar yang tersendiri. Budaya hidup moden yang di anggap progresif dari barat banyak membawa masaalah dalam gaya hidup individu, keluarga dan masyarakat kita di nusantara Melayu ini. Dan banyak pula masaalah masaalah hidup moden ini dapat di elakkan dan dihindari jikalau kita amati, perhati dan aktifkan kembali budaya hidup kekayaan nenek moyang kita dari Sumatera Barat ini.

Prof. Madya Dr Mohd Rosli bin Saludin, Timbalan Dekan Pengajian Siswazah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, banyak membuat penyelidikan dan pengajian dalam bidang Adat Melayu Serumpun di Nusantara Melayu ini.





Sejarah Tokoh Tokoh Rao di Perak dan Pahang bermula dari Rao, Pasaman, Sumatera Barat.

Negeri Sembilan banyak mempunyai kisah sejarah. Orang Minangkabau yang berhijrah kesini membawa tamaddun mereka dan berjaya meng-assimilasikan nya dengan budaya kehidupan Orang Asli yang sedia ada di sini. Inilah sejarah Nagari Nan Tuo. Tamaddun terutama yang dibawa Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan ialah Adat Perpatih.



Gelaran Salasilah Keluarga Adat Perpatih

Perlantikan Buapak


Sumatera Barat yang di tinggalkan oleh Orang Minangkabau semasa penghijrahan mereka ke Negeri Sembilan zaman dahulu itu sudah lebih maju tamaddun nya berbanding Orang Asli Sakai dan Jakun di sini. Mereka lebih dahulu berada di bawah pemerintahan Belanda berbanding pengaruh British di Negeri Sembilan. Banyak dari adat adat pertanian di Negeri Sembilan zaman dahulu itu dibawa dari Minangkabau.

Rumah Gadang Minangkabau klasik bertingkat atap nya yang berbentuk tanduk kerbau

Ranah Minang Sekarang

No comments:

Post a Comment