Saturday, July 20, 2013

DATARAN SENAMA

Tapak Permastautinan Ahli Ahli Keluarga Anjung Senama Sekarang Ini Bukan Lagi Di Satu Alamat Seperti Zaman Dahulu Tetapi Sudah Berselerak Merangkumi Merata Daerah Di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang, Seremban, Singapura, Dan Di Tapak Asal Kampung Senama, Rembau, Negeri Sembilan. Alhamdullillah, Walaupun Lokasi Fisikal Kediaman Masing Masing Keluarga Sudah Berasingan, Namun Ikatan Kekeluargaan Terjamin Tidak Terputus Sampai Bila Bila. Dan Pada 'Idilfitri Setiap Tahun, Keseluruhan Keluarga Berkumpul Memetra'i Silaturrahim Di Rumah Ahli Keluarga Yang Tertua.

Dataran Senama Sekarang Ini Berlokasi Demikian:


  • BANGSAR I

  • BANGSAR II 

  • KAMPUNG TUNKU

  • BANDAR TUN RAZAK

  • KERAMAT




    • BUKIT TERATAI

    • KERINCHI

    • DAMANSARA FLORA
    • SUBANG PERMAI


          .   CHAO CHU KANG SINGAPURA



    • KELANA JAYA

    • BUKIT NIBONG SEREMBAN

    • KAMPUNG SENAMA REMBAU


    Rumah asal di Kampung Senama dimana Abang Bosa di lahirkan, dan di bina 
    oleh Atok Bador, sudah tidak ada. Rumah ini telah di robohkan oleh Atok Bador
    sendiri, selepas Keluarga Omak dan Abah berpindah ke Kelantan dan jarang
    balik, sekitar tahun 1956-7. Setelah Abah dan Omak meninggal dan bersemadi 
    di Kuala Lumpur, Abang Bosa telah mengambil inisiatif membina kembali
    Rumah Gadang di Kampung Senama ini, dengan menggunakan bahan binaan asal
    dari sebuah rumah lama dekat Mesjid Kg Senama dan di pindahkan ke Kampung
    Senama. Rumah Gadang ini tiada menggunakan paku dan Tiang Seri asal masih ada.
    Video pembinaan Rumah Gadang ini ada dalam simpanan sekarang ini.









      No comments:

      Post a Comment